Anwar akui masih ramai rakyat terbeban kos sara hidup, jika tak ditangani akan terus membengkak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akur dalam keadaan semasa ini masih ramai yang terbeban dengan kos sara hidup, bahkan katanya gejala ini mampu untuk terus membengkak.

“Memang benar, ramai dalam kalangan orang Melayu masih hidup dalam kemiskinan.

“Namun, saya juga acapkali mengingatkan bahawa dalam kelompok miskin tegar, ramai datang daripada masyarakat India.

“Saya akur bahawa dalam keadaan masih ramai yang terbeban dengan kos sara hidup, gejala ini mampu untuk terus membengkak,” katanya pagi tadi di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Rabu.

Kata Menteri Kewangan itu, beliau singgung mengenai pelbagai isu melibatkan perihal sosioekonomi dan kos sara hidup.

“Kerajaan Madani membantu bukan atas dasar kaum atau pilih kasih, tetapi demi mengangkat martabat warga miskin dan rentan tanpa mengira latar belakang.

“Hasilnya nyata. Bantuan tunai kepada masyarakat India telah meningkat daripada RM578 juta pada 2022 kepada RM972 juta melalui Sumbangan Tunai Rahmah.

“Ini merupakan kenaikan sebanyak 68 peratus dalam hanya tiga tahun, ketimbang peningkatan kepada etnik lain sebanyak 39 hingga 60 peratus.

“Bagi masyarakat Cina, hampir RM14 bilion atau 75 peratus daripada keseluruhan jaminan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) telah dimanfaatkan oleh usahawan Cina, termasuk PKS dan syarikat besar.

“Untuk masyarakat Melayu dan Bumiputera pula, dasar khusus seperti PuTERA35 telah diluncurkan bagi meningkatkan penyertaan ekonomi secara bersasar,” kata Anwar.

Beliau akui cakna bahawa isu-isu seperti ini akan terus menjadi tajuk wacana dalam negara majmuk seperti Malaysia.

Namun katanya, Kerajaan Madani memikul tanggungjawab ini dengan iltizam untuk membetulkan masalah asas negara berpaksikan prinsip keadilan dan rahmah untuk semua.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat