Isu infrastruktur Sabah legasi lama, perlu penyelesaian jangka panjang – Sha­helmey

KOTA KINABALU — Kerajaan negeri Sabah menegaskan isu asas seperti jalan raya, air dan elektrik adalah masalah legasi yang tidak boleh diselesaikan serta-merta, sebaliknya memerlukan pelaksanaan berfasa dengan sokongan peruntukan Persekutuan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Sha­helmey Yahya berkata masalah yang dihadapi bukanlah sesuatu yang muncul secara tiba-tiba, sebaliknya berpunca daripada jurang pembangunan infrastruktur antara Sabah dan Semenanjung yang telah lama wujud.

Bercakap kepada Suara TV mengenai bekalan air pula, kerajaan negeri menjelaskan kelemahan bermula sejak 2018 apabila kontrak penyelenggaraan loji air ditamatkan dan bagi keperluan tenaga, Sabah kini membina beberapa loji janakuasa yang baharu.

“Banyak jalan raya di Sabah sudah melebihi tempoh reka bentuk. Dengan pertumbuhan ekonomi dan trafik yang meningkat, jalan-jalan ini sepatutnya dinaik taraf, bukan sekadar diselenggara.

“Langkah itu tidak menjimatkan, sebaliknya menjejaskan operasi kerana penyelenggaraan tidak terurus. Kini kita melantik kontraktor baharu, tetapi masalah air tidak boleh selesai dengan sekelip mata. Ia perlukan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Permintaan meningkat kerana pertumbuhan penduduk dan pelaburan ekonomi. Rancangan tenaga kita cukup lengkap, cuma perlukan masa untuk dilaksanakan,” katanya.

Mengulas mengenai kepentingan kestabilan politik pula beliau berkata kerajaan negeri terus menuntut hak hasil negeri iaitu sebanyak 40 peratus di bawah MA63.

“Rundingan masih berjalan, tetapi interim payment sudah dinaikkan daripada RM26 juta kepada RM600 juta setahun. Ini bukti keprihatinan kerajaan Persekutuan.

“Kalau kerajaan sering bertukar, dasar terganggu. Sarawak maju kerana politiknya stabil. Sabah juga perlu bergerak ke arah itu,” katanya.

Sementara itu, mengenai Projek Pan Borneo, kerajaan negeri mengesahkan semua 19 pakej pembinaan sedang berjalan.

“Ada cabaran seperti pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti, tetapi kita sudah ambil tindakan segera. Kebanyakan pakej dijangka siap menjelang 2028–2029,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat