Pemuda Umno kecam keras pertuduhan terhadap Akmal, intimidasi politik tutup teguran

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan yang dilakukan terhadap Datuk Dr Akmal Saleh.

Sayap muda Umno itu membidas pertuduhan itu dengan menganggapnya sebagai intimidasi politik untuk menutup teguran terhadap kedaulatan Jalur Gemilang.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Sollehin Tajie berkata, Pemuda Umno bersolidariti penuh bersama-sama Dr Akmal dalam menghadapi ujian getir ini dan akan terus memberikan sokongan agar keadilan akan dapat dibuktikan di mahkamah yang mulia.

“Pemuda Umno Malaysia dimaklumkan bahawa Dr Akmal Saleh akan dituduh di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2025, Jumaat ini.

“Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan merujuk kepada kesalahan mengeluarkan kenyataan, khabar angin atau laporan yang berpotensi menimbulkan ketakutan atau mengganggu ketenteraman awam.

“Pertuduhan yang akan dikenakan adalah berhubung isu yang diperjuangkan Dr Akmal dan Pemuda Umno mengenai insiden Jalur Gemilang yang dikibarkan secara terbalik dan Himpunan Solidariti Jalur Gemilang di Bertam, Kepala Batas baru-baru ini,” katanya.

Justeru Pemuda Umno berikrar akan bersolidariti bersama Dr Akmal menghadapi ujian undang-undang ini

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat