KUALA LUMPUR – Bersatu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Dalam kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, beliau menegaskan pucuk pimpinan parti itu malah yakin bahawa Muhyiddin akan menghormati lunas perundangan dengan hadir memberikan keterangan kepada pihak berkuasa esok.
“Pucuk pimpinan Bersatu sedang meneliti secara halus isu melibatkan ucapan Muhyiddin semasa kempen di PRK Nenggiri pada malam 14 Ogos 2024 lalu.
“Bersatu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Muhyiddin selaku Presiden dan Pengerusi Perikatan Nasional bahawa beliau akan menghormati lunas perundangan dengan hadir memberikan keterangan kepada pihak berkuasa esok.
“Semua pihak juga diseru supaya bertenang dan berdoa kepada Allah SWT agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” kata Hamzah.