Bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM saman PDRM, tuntut RM100 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tiga anggota pasukan keselamatan itu memfailkan writ saman keseluruhan berjumlah RM100 juta terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sepuluh defendan lain.

Selain Datuk Mat Zaki, tiga anggota yang sebelum ini bertugas di unit perisikan itu turut bertindak selaku plaintif ialah Fabian Anak Rungan, Dennis Anak Enit dan Mohd Azlan Sakaran.

Semua plaintif memfailkan writ saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di Sabah, melalui Tetuan Lincon & Company diketuai peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon pada Khamis 15 Ogos lalu dengan menamakan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah sebagai defendan pertama hingga keempat.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin, Asisten Komisioner Ts Dr Mohd Hakim Hashom, Deputi Superintendan Yusman Shahri Marinsah dan Ketua Polis Negara masing-masing dinamakan sebagai defendan kelima hingga kelapan.

Manakala Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan kerajaan Malaysia pula sebagai defendan kesembilan hingga kesebelas.

Dalam writ saman itu, semua defendan dalam tempoh 21 hari dari tarikh penyerahan diperintah supaya memasukkan Memorandum Kehadiran.

Sementara itu, Datuk Mat Zaki ketika dihubungi berkata, tindakan itu diambil demi mengembalikan maruah, nama baik serta reputasi mereka yang terjejas teruk sehingga ke hari ini.

Beliau berkata, tuduhan dan tangkapan salah yang dibuat tanpa bukti juga menjejaskan reputasinya dalam komuniti perisikan Malaysia, Filipina dan Indonesia berdasarkan jaringan kerja yang baik dalam menjaga keselamatan perairan tiga buah negara dari ancaman pengganas rentas sempadan.

“Walaupun kami dilepas dan dilepaskan dari tuduhan oleh mahkamah selepas setahun direman di penjara, pihak yang bertanggungjawab di dalam pertuduhan salah ke atas kami tidak pernah berusaha untuk memohon maaf atau cuba memulihkan maruah, nama baik dan reputasi kami yang terjejas teruk dengan tuduhan yang tidak benar.

“Malahan setelah bebas kami terus ditekan dari berbagai sudut oleh defendan biarpun kami masih dalam proses untuk pulih dari kesan trauma yang disebabkan tuduhan salah yang mereka buat,” katanya lapor Harian Metro di Tawau pada Selasa.

Antara asas tuntutan mereka ialah tangkapan salah atau tidak sah atau penahanan secara salah atau penjaraan salah, siasatan yang tidak wajar dan berniat jahat, penyalahgunaan proses siasatan, laporan berniat jahat dan kebocoran butir-butir siasatan, dakwaan salah dan palsu, tekanan berterusan yang mengakibatkan kemurungan berterusan, dan Kerosakan reputasi walaupun kami sudah dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan oleh mahkamah.

“Kami memfailkan saman ini bukan untuk menuntut ganti rugi semata-mata atau memalukan serta menjatuhkan kredibiliti mana-mana pihak tetapi lebih kepada menuntut keadilan, mengembalikan maruah selain memulihkan nama baik bahkan kami tidak mahu perkara yang terjadi kepada kami ini tidak akan berlaku kepada orang lain selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, tiga lagi bekas pegawai dan anggota ESSCOM yang telah dituduh bersama juga dijangka akan turut memfailkan writ saman dalam masa terdekat melalui peguam masing-masing.

Mahkamah Tinggi Tawau pada 25 Januari lalu ini melepas dan membebaskan semua lapan tertuduh termasuk Mat Zaki daripada dakwaan membunuh pemandu e-hailing, Nurman Bakaratu, 61.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat