17 ADUN PN sokong Sultan Pahang, tuntut Muhyiddin disiasat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) Pahang memilih menzahirkan taat setia kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Ketua Pembangkang PN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man malah menyatakan 17 ADUN PN Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berhubung ucapan Tan Sri Mahyuddin semasa berkempen di Nenggiri agar satu siasatan yang adil dijalankan atas dakwaan tersebut.

“Kami ADUN Pahang daripada PN menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menjalankan tugas Baginda sebagai Payung tempat kami semua bernaung.

“ADUN PN Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang berhubung ucapan Tan Sri Mahyuddin semasa berkempen di Nenggiri agar satu siasatan yang adil dijalankan atas dakwaan tersebut.

“Kami meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan tugas mereka dan semua pihak tidak perlu menimbulkan polemik serta hendaklah akur terhadap titah Tuanku,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan pada Selasa.

Terdahulu media melaporkan, 17 ADUN PN di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang mungkin berdepan dengan dilema apabila tidak mempunyai pilihan kecuali menyatakan sikap masing-masing terhadap ucapan kontroversi Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Dipetik media hari ini, Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, semua Adun dikehendaki membuat penyataan sikap berhubung kenyataan Pengerusi PN berkenaan.

“Semua ahli yang berhormat (Adun) di negeri ini perlu menyatakan pendirian tegas berhubung perkara tersebut kerana baginda Sultan Pahang merupakan sebahagian daripada dewan perundangan negeri ini.

“Selain itu, ia juga melibatkan air muka dan maruah rakyat Pahang yang sentiasa menjunjung titah baginda sultan yang menjadi payung negeri ini,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia di Kuantan, Pahang.

Muhyiddin Yassin kini menjadi perhatian apabila didakwa mempersoalkan keputusan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam isu pembentukan kerajaan persekutuan dan pelantikan perdana menteri selepas berakhirnya PRU ke-15 pada 2022.

Dia membuat kenyataan itu semasa berkempen dalam PRK Nenggiri, Kelantan.

Muhyiddin yang sempat menjadi perdana menteri selama 17 bulan ekoran Langkah Sheraton mendakwa, selepas PRU berkenaan PN memiliki jumlah kerusi Dewan Rakyat yang lebih daripada mencukupi untuk membolehkan dia diangkat sebagai perdana menteri.

Untuk rekod, Al-Sultan Abdullah merupakan Agong ketika itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat