Bagaimana Raja Melayu menilai Muhyiddin lepas ini jika masih taruh harapan jadi PM? – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di pentas ceramah di Nenggiri yang disifatkan sebagai mempersoalkan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dinilai bakal meranapkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bekas Menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa, kenyataan kontroversi Muhyiddin itu tentunya menghakis kepercayaan Raja-Raja Melayu dan terutamanya Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Jika nak sembang harapan masa depan, sekiranya Muhyiddin masih menaruh harapan dan impian untuk jadi Perdana Menteri, maka di alam mana dia rasa Raja-raja Melayu masih lagi akan beri perkenan?

“In what universe do you think the monarch will look at you favourably when you said this about the brother ruler? Dan kita jangan lupa bahawa Sultan Pahang adalah ipar kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang, Tengku Ampuan Pahang (Tunku Azizah) adalah adinda kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi, saya tak faham, tak boleh brain. Saya tak boleh bayang di alam mana dia rasa kenyataan ini akan jadi satu benda kepada favourable (kelebihan) kepada Raja-Raja,” kata Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap yang disiarkan pada Selasa.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu malah membandingkan adab berhubungan dengan Raja-Raja Melayu antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Muhyiddin.

“PMX telah menunjukkan hubungan yang agak bagus berbanding Muhyiddin,” puji Khairy.

Justeru itu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengesyorkan Muhyiddin untuk membuat sembah maaf kepada Sultan Pahang.

“Kita harap dalam hal ini lebih baik dan sangat sesuai sekiranya sembah maaf dibuat oleh Tan Sri Mahyuddin.

“Sebab cara dia sampaikan itu bagi saya melihat kepada video tersebut seolah-olah dia mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan dalam hal ini kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri, itu kuasa mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi kamu tak boleh persoalkan kenapa, bagaimana dan kita semua ada naratif apa yang telah berlaku selepas PRU-15 tetapi sebarang keputusan yang dibuat, kita hormatlah

“Dalam kedudukan raja-raja saya rasa tak ada kesesuaian apa yang disebut oleh Muhyiddin, dan kedua dia ungkit kuasa mutlak Agong, so tak patut
move on lah, benda dah jadi dua tahun lepas.

“Kenapa nak kena jadikan ceramah politik? dan apa yang dia dapat bila beritahu pengundi tentang cerita itu? tak ada apa pun, bukan nak dapat keadilan,” bidas Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat