Dakwat undi belum padam, penduduk Nenggiri dapat ATM kedua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dakwat masih di jari, penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menerima kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) kedua di Bertam Baru di Gua Musang selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu lalu.

Sebelum itu pada 14 Ogos, sebuah ATM telah dipasang di Jerek Baru iaitu tiga hari sebelum rakyat DUN Nenggiri mengundi.

Kedua kemudahan tersebut amat dinantikan oleh lebih 30,000 penduduk di sini apabila mereka kini tidak perlu meredah perjalanan sejauh 50 kilometer (km) untuk mengeluarkan wang apabila kawasan tersebut sudah dilengkapi dengan ATM.

ADUN Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie berkata, ATM itu memberikan kemudahan kepada penduduk di Bertam Lama, Bertam Baru, Limau Kasturi dan sekitarnya.

“Lepas ini kalau nak ambil wang kita sudah ada ATM untuk kemudahan penduduk di sini.

“Terima kasih kepada RHB Bank dan semua yang telah memudahkan urusan ini,” katanya menerusi akaun TikTok miliknya lapor Sinar Harian di Gua Musang.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 30,000 penduduk di DUN Nenggiri melahirkan rasa lega dan gembira apabila mereka kini tidak perlu meredah perjalanan sejauh 50 km untuk mengeluarkan wang apabila kawasan itu sudah dilengkapi dengan kemudahan ATM.

Tinjauan akhbar itu di SMS Maju Solutions, Jerek Baru di Gua Musang yang merupakan lokasi mesin ATM dipasang, rata-rata penduduk terharu dan bersyukur kerana ‘suara’ mereka didengar oleh pihak terbabit.

Mesin tersebut siap dipasang dan mula digunakan oleh penduduk di DUN Nenggiri pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat