Blackpink menggegar dengan Pink Venom

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Blackpink terus mencipta fenomena apabila single terbaharu, Pink Venom yang dilancarkan semalam, mendapat sambutan luar biasa peminat.

Beberapa jam selepas ditayangkan di Youtube rasmi kumpulan itu, single berkenaan mencecah lebih 50 juta tontonan dengan lebih sejuta komen dilayangkan peminat.

Sehingga tengah malam tadi, video muzik Pink Venom sudah mencatat lebih 61 juta tontonan.

Pink Venom yang dilancarkan dengan kerjasama Youtube menerusi YouTube Shorts dimuatkan dalam album studio baharu kumpulan itu, Born Pink, yang bakal menemui peminat, bulan depan.

Sehingga tengah malam tadi, video muzik Pink Venom dendangan Blackpink mencatat lebih 61 juta tontonan. Foto IG Blackpink Official
Sehingga tengah malam tadi, video muzik Pink Venom dendangan Blackpink mencatat lebih 61 juta tontonan. Foto IG Blackpink Official

 

Pada 29 Julai lalu, Blackpink muncul dengan lagu Ready For Love yang dilancarkan ketika mengadakan konsert permainan video PUBG mobile, The Virtual.

Sempena pelancaran single Pink Venom, kumpulan dianggotai Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa itu mengajak peminat setia, iaitu Blink untuk menyertai pertandingan menghasilkan video pendek menari diiringi lagu berkenaan.

Peminat juga perlu memuat naik video pendek berkenaan di Youtube Shorts diiringi kata pagar #PinkVenomChallenge.

Peraduan ini berlangsung sehingga 15 September depan, iaitu sehari sebelum album Born Pink dipasarkan.

Peminat dijangka menyaksikan Blackpink menyanyikan lagu Pink Venom secara ‘live’ buat kali pertama pada MTV Video Music Awards (VMAS) 2022 yang bakal berlangsung dari Prudential Center, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada 28 Ogos ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat