Pelbagai Transformasi Dilakukan Perdana Menteri – Prof Raduan Che Rose

- Advertisement -

KAJANG – Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pelbagai program transformasi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat dilakukan.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, dalam tempoh yang singkat, Perdana Menteri mampu meningkatkan pelbagai aktiviti dan program dengan turun padang bagi mendekati rakyat dan mengatasi masalah mereka.

“Biarpun baru setahun dalam mentadbir negara, beliau dapat meredakan keadaan rakyat. Dalam masa sama beberapa tindakan-tindakan transformasi telah dilakukan dan ini satu perkara yang baik.

“Dalam tempoh masa yang singkat, beliau dapat melakukan pelbagai perubahan termasuk transformasi dari segi anti lompat parti dan sebagainya,” katanya kepada Suara TV hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri diatas kejayaan mentadbir negara selama satu tahun.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri, dan saya harap pelbagai usaha akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat