Pemantauan Tiga Kluster Ditamatkan Termasuk Kluster Elsa – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tiga kluster iaitu Kluster Elsa, Kluster Stutong dan Kluster PUI Al-Khobar ditamatkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan kluster itu ditamatkan selepas pemantauan dan pengawasan untuk tempoh 28 hari.

Menurutnya, dengan penamatan kluster tersebut, setakat ini sebanyak 82 buah kluster sudah ditamatkan sejak wabak COVID-19 melanda Malaysia awal tahun ini.

Kluster Elsa di Pahang dan Kluster PUI AI Khobar dikesan pada 24 Julai lepas dan ia merupakan penularan di dalam negara yang telah berpunca daripada kes import.
BACA: Sarawak catat satu lagi kluster baharu, ini lima perkara penting kenyataan JPBNS

Manakala Kluster Stutong di Sarawak pula dikesan pada 18 Julai lalu dan dikenal pasti selepas kes positif COVID-19 dikesan hasil saringan awal ke atas 56 orang peniaga di Pasar Stutong, Kuching.

Dalam pada itu, Malaysia merekodkan lima kes baru positif COVID-19 setakat jam 12.00 tengah hari pada Khamis namun semuanya adalah kes import, dan tiada kes penularan tempatan.

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata, kes import yang direkodkan melibatkan dua warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara.

Menurutnya, kes tersebut adalah dari Jepun (empat kes di Sarawak) dan satu dari Bangladesh yang melibatkan kes di Selangor.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan wujudnya satu kluster baharu yang telah diasingkan dikenal pasti di sebuah kapal di Bintulu, Sarawak.

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata, setakat ini sebanyak empat kes positif telah dikesan di atas kapal tersebut.

Begitupun, katanya, kluster itu tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil di sebuah kapal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat