Wan Junaidi Perjelaskan Komposisi Kerusi Parlimen

- Advertisement -

Cadangan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menggesa peruntukan satu per tiga komposisi Dewan Rakyat untuk negeri Sarawak dan Sabah direalisasikan semula perlu diberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Sarawak, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, “walaupun komposisi satu per tiga kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak tidak disebutkan dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan Akta Malaysia, namun ia dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Laporan Antara Kerajaan.

“Kita perlu faham bahawa terdapat kawasan Parlimen di Sarawak yang begitu besar. Contohnya, kawasan Baram yang lebih besar dari negeri Pahang. Untuk kawasan seperti ini, sudah tentu lebih wajar dipecahkan dan seharusnya lebih ramai wakil rakyat dilantik bagi mewakili penduduk di situ,” katanya dalam satu kenyataan media.

Bagaimanapun Wan Junaidi turut menjelaskan bahawa lompang 1/3 ini berikutan tindakan Singapura meninggalkan Malaysia, kekosongan itu telah diisi oleh Semenanjung Malaysia dan bukannya Sabah dan Sarawak.

Ia sekali gus menjadi cerminan kepada komposisi di Dewan Rakyat ketika ini di mana kerusi Sabah dan Sarawak kurang daripada satu per tiga.

Wan Junaidi turut membuat penjelasan bahawa beliau tidak pernah menyatakan Perdana Menteri dan Ketua Menteri akan mengumumkan keputusan isu ini pada bulan September nanti seperti yang dilapor media

Menurutnya, “Di dalam satu sidang media semalam, saya ditanya mengenai perbincangan yang dibuat dengan Petronas berkenaan cukai minyak dan gas, yang mana saya menjawab yang kita perlu menunggu pengumuman Ketua Menteri Sarawak atau Perdana Menteri kerana sebelum ini terdapat perkembangan positif dan berkemungkinan akan diumumkan pada September ini.” – SUARA TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat