Schumacher Mungkin Buat Penampilan Awam Kali Pertama Selepas 7 Tahun

- Advertisement -

GENEVA: Bekas bos Ferrari Jean Todt mengatakan Michael Schumacher dan keluarganya “berusaha ke arah” membuat penampilan pertama legenda Formula 1 itu – dalam tempoh tujuh tahun.

Juara dunia tujuh kali, Schumacher sedang dalam fasa pemulihan dari kecederaan otak yang dialaminya berikutan kemalangan bermain ski di Pergunungan Alpen Perancis pada bulan Disember 2013.

Sejak dari itu, dia menyepikan diri dari pandangan awam dengan keadaannya dirahsiakan begitu rapi oleh keluarga dan pasukan perubatan yang merawatnya.

Todt – bekas ketua pasukan di Ferrari yang kini bertugas sebagai Presiden FIA, badan pentadbir F1 – memberitahu Daily Mail pada hari Ahad bahawa dia telah melawat Schumacher di Geneva, Switzerland.

“Saya melihat Michael minggu lalu,” kata lelaki Perancis itu.

“Dia sedang berjuang (untuk pulih). Saya harap dunia dapat melihatnya lagi. Itulah yang dia dan keluarganya sedang usahakan.” – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat