Isu Pengangguran Antara Topik Perbahasan Di Parlimen Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu pengangguran adalah antara perkara yang bakal dibincangkan dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi parlimen, Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) dijadual mengemukakan soalan kepada Menteri Sumber Manusia berhubung unjuran kadar pengangguran negara dan anggaran jumlah penduduk yang menganggur sehingga akhir tahun ini.

Ketua pembangkang itu juga mahu tahu mengenai langkah diambil kementerian berkenaan dalam mengatasi lonjakan kenaikan kadar pengangguran ketika sesi soal jawab lisan.

Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pula dijangka bertanyakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai penyalahgunaan lesen perniagaan seperti menjual dan menyewa lesen perniagaan kepada warga asing, serta strategi dalam memastikan ia tidak berulang pada masa depan.

Sidang dewan yang memasuki hari kelima hari ini juga bakal menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat