Presiden Turki Lawat Masjid Yang Sebelum Ini, Muzium

- Advertisement -

ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengadakan lawatan mengejut ke Hagia Sophia – hanya beberapa hari sebelum solat Muslim pertama akan diadakan di bekas muzium yang juga mercu tanda Istanbul itu, sejak dikembalikan menjadi masjid minggu lalu.

Dalam lawatan singkat yang disebut sebagai ‘pemeriksaan’ itu, Erdogan membuat penilaian mengenai kerja penukaran itu, kata pejabat presiden pada hari Ahad, dengan memberikan gambar yang menunjukkan kerja-kerja pembinaan di dalam bangunan.

Diyanet, pihak berkuasa agama negara itu berkata, ikon agama Kristian Dalam masjid tersebut, akan ditutup dan tidak bercahaya “dengan cara yang sesuai pada waktu solat”.

Pihak berkuasa mengatakan minggu lepas bahawa ukiran itu akan disembunyikan dengan langsir atau laser ketika solat pertama diadakan.

Dalam wawancara dengan penyiar NTV, jurucakap presiden Ibrahim Kalin mengatakan pada hari Ahad beberapa ukiran Maria dan Gabriel yang diposisikan ke arah kiblat, di mana orang-orang Muslim menghadapi ketika solat, akan ditutup dengan tirai.

Dia turut mengatakan bahawa ukiran Jesus dan tokoh-tokoh Kristian yang lain, tidak menjadi halangan untuk solat Muslim kerana tidak terletak di arah kiblat. Tetapi dia tidak mengatakan samada ukiran itu akan terus dibiarkan terbuka sepanjang masa.

Di luar ruang solat, Hagia Sophia akan dibuka untuk semua pengunjung dan pelancong dan semua ukiran disitu akan dibiarkan terbuka, kata pihak berkuasa.

Tapak Warisan Dunia UNESCO itu dibina sebagai katedral semasa kerajaan Bizantium tetapi diubah menjadi masjid setelah penaklukan Uthmaniyyah di Constantinople pada tahun 1453.

Ia dijadikan sebagai muzium dalam reformasi kerajaan pasca-Uthmaniyyah di bawah pengasas republik Turki moden, Mustafa Kemal Ataturk.

Erdogan mengatakan pada tahun lalu bahawa, adalah menjadi satu “kesalahan yang sangat besar” untuk mengubah Hagia Sophia menjadi muzium – AL Jazeera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat