Usah Biarkan Umno Cemar Nama Baik Badan Kehakiman Negara, KJ Puji PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menjelaskan status sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah satu tindakan tepat.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuji pengumuman Perdana Menteri itu bahawa tiada sebarang bukti kesalahan jenayah dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh SPRM malah perkara itu turut dipersetujui Jabatan Peguam Negara.

“Tindakan Perdana Menteri adalah 100 peratus betul dalam menjelaskan perkara ini.

“Beliau (Anwar) mesti terus menentang serangan terhadap badan kehakiman yang dilakukan oleh Umno.

“Kita tak boleh membenarkan Umno mencemarkan nama baik badan kehakiman negara,” tegas Khairy.

Semalam di Dewan Negara, Anwar menyatakan sebaik menerima laporan kes rasuah membabitkan hakim Mahkamah Rayuan itu, SPRM membuka kes siasatan terhadap Mohd Nazlan dan menyiasat dengan teliti.

“Berhubung kes rasuah itu…SPRM menyiasat dengan teliti dan mendapati tiada kesalahan jenayah dan dipersetujui Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Pun begitu, sejurus kenyataan Perdana Menteri ramai di kalangan orang Umno termasuk keluarga Datuk Seri Najib Razak kurang berpuas hati sekali gus menuntut siasatan terhadap Hakim Nazlan terus diperinci.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat