Projek Infrastruktur Kecil Awam Melalui IKR, Peruntukan RM500 Juta – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi telah membangunkan sistem Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang membolehkan rakyat mengemukakan permohonan projek infrastruktur kecil awam terus kepada Kementerian Ekonomi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, RM500 juta telah diperuntukkan bagi projek-projek kecil yang boleh dimohon oleh orang ramai.

“IKR diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi bagi membolehkan rakyat memaklumkan secara terus mengenai keperluan projek infrastruktur kecil awam di kawasan setempat masing-masing, seterusnya memohon keperluan tersebut untuk pertimbangan peruntukan kepada Kementerian Ekonomi.

“Inisiatif ini merupakan bantuan Kerajaan Persekutuan dan bertujuan untuk mendemokrasikan dana kerajaan dalam membiayai pelaksanaan
projek infrastruktur kecil awam yang terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan (Pihak
Berkuasa Tempatan – PBT),” kata Rafizi dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas Rafizi lagi, pelaksanaan IKR juga bertujuan untuk membantu kontraktor-kontraktor kecil seluruh Malaysia yang akan mendapat manfaat dari projek-projek kecil ini serta mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam di seluruh negara bagi manfaat rakyat.

“Kriteria permohonan projek kecil adalah seperti berikut; projek infrastruktur kecil yang memberi manfaat segera kepada rakyat setempat, masyarakat umum; kos projek yang dipohon tidak melebihi RM200,000.00; projek dapat dilaksanakan dalam tahun semasa, bersifat best value for money, tiada elemen bermewah-mewah (nice to have) dan amat diperlukan untuk kepentingan/kegunaan umum (must have).

“Projek bukan untuk tujuan keperluan/aset individu dan tidak terletak di atas tanah milik persendirian serta tidak melibatkan
pengambilan tanah; dan projek tidak bertindih dengan projek yang telah memperoleh kelulusan peruntukan daripada agensi kerajaan lain (Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri).

“Orang ramai kini boleh memohon bantuan projek-projek infrastruktur awam kecil melalui laman web IKR di alamat ikr.ekonomi.gov.my bermula hari ini,” ujar Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat