KJ tak sertai mana-mana politik, tak tubuh parti baru : laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, tidak akan menyertai mana-mana parti politik mahu pun menubuhkan parti baharu dalam waktu terdekat.

Perkara itu dinyatakan sumber yang dekat dengan Perikatan Nasional (PN) susulan pertemuan Khairy atau lebih dikenali KJ dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“KJ dah nyatakan tidak akan sertai BERSATU atau mana-mana parti politik pada masa ini mahupun tubuhkan parti baharu.

“Bagaimanapun beliau (Khairy) sedia untuk bantu bawa gelombang rakyat dalam kempen kami (PN) pada PRN nanti,” katanya lapor BH.

Terdahulu, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berkongsi foto beliau bersama Muhyiddin di laman media sosial dengan kedua-duanya kelihatan tersenyum, namun tidak disertakan keterangan gambar.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, mengesahkan pertemuan antara Muhyiddin dan Khairy diadakan di kediaman Perdana Menteri kelapan itu di Bukit Damansara, namun tidak mendedahkan butiran lanjut pertemuan berikutan tidak turut serta dalam pertemuan itu.

Sebelum ini media melaporkan Khairy akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN dipercayai bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan itu.

Mei lalu Muhyiddin yang juga Pengerusi PN mengemukakan tawaran kepada Khairy menjadi Ahli Pimpinan Tinggi Bersatu selepas mendapat persetujuan pimpinan parti yang lain.

Muhyiddin dilaporkan berkata, partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan, tanpa niat ‘mengumpan’ bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

Jumaat lalu, Khairy turut menyertai perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Januari lalu, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dipecat daripada Umno kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat