Urusan PRN Muda Tidak Lagi Berkait PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sehingga hari ini, tidak ada sebarang rundingan dibuat antara Ikatan Demokratik Malaysi (Muda) dan Pakatan Harapan (PH) berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi dan kawasan.

Ketua Penerangan Muda, Luqman Long berkata, sebarang hal berkenaan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Muda hanya akan diumumkan oleh Muda bukan PH.

“Saya mahu memetik kenyataan dari Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa “Muda akan meneruskan kerjasama dengan PH pada PRN yang akan datang.

“Kenyataan ini adalah salah, tidak benar dan merupakan persepsi peribadi Menteri Besar Selangor.

“Saya beranggapan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor jelas bertujuan untuk mengelirukan pengundi dan benar-benar tidak menghormati Muda,” tegas Luqman dalam kenyataan pada Selasa.

Justeru kata Luqman, urusan PRN Muda tidak lagi melibatkan PH.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat