Anak Najib tuntut siasatan menyeluruh, tak puas hati hujah PM berkait Hakim Nazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Anak bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib tidak berpuas hati dengan hujah Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada sebarang bukti kesalahan jenayah dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bahkan perkara itu turut dipersetujui Jabatan Peguam Negara (AGC).

Nooryana Najwa menyatakan, ini sebuah situasi yang janggal dalam sistem keadilan Malaysia.

“Hari ini (semalam) di Dewan Negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempertahankan keputusan Mahkamah Persekutuan, bahawa Hakim Nazlan tidak mempunyai konflik kepentingan walaupun SPRM menyatakan sebaliknya.

“Menurut Mahkamah Persekutuan, tiada keperluan untuk membuktikan secara khusus laluan dana SRC dalam menentukan sama ada berlaku penyelewengan dalam SRC. Mahkamah menganggap sumber dana itu tidak relevan.

“Mahkamah Persekutuan juga berpendapat, pihak pendakwaan tidak perlu menyediakan bukti jalinan langsung sumber wang yang dikatakan haram kepada SRC untuk membuktikan terdapat penyalahgunaan dana daripada SRC. Mahkamah juga menganggap asal usul dana (haram) itu tidak penting dalam perkara ini,”katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

Hal demikian, Nooryana Najwa menyatakan dia amat bimbang dengan penemuan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.

“Seolah-olah apabila seseorang itu didakwa atas kesalahan mencuri, pihak pendakwa tidak perlu membuktikan dari mana wang yang didakwa dicuri itu.

“Bolehkah anda bayangkan betapa mudahnya untuk memfitnah orang lain jika kaedah ini turut diguna pakai untuk kes lain?

Hujah ini turut mengecewakan saya –  bagaimana jawatan Hakim Nazlan dalam Maybank sebelum ini tidak mewujudkan potensi konflik kepentingan sedangkan institusi kewangan tersebut terlibat dalam kes ini.

“Dan bagaimana anda hendak membuktikan kes penggubahan wang haram apabila sumber wang haram tersebut tidak penting dalam pendakwaan?

Ini sebuah situasi yang janggal dalam sistem keadilan Malaysia. Beliau (Hakim Nazlan) adalah Penasihat Am Maybank, dan Maybank dikaitkan langsung dengan SRC.  Walaupun tiada kesalahan jenayah ditemui, adalah penting untuk diakui bahawa SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) percaya Hakim Nazlan telah melanggar kod etika hakim dalam mengendalikan kes SRC,” katanya.

Ekoran itu tambahnya, AGC telah mengarahkan SPRM menghantar satu surat rasmi dan melaporkan perkara ini kepada Ketua Hakim Negara, dan turut menggesa agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap Nazlan.

“Jika tindakan Nazlan didapati melanggar kod etika hakim, ia menimbulkan kebimbangan serius tentang kesahihan keputusannya berhubung kesalahan Najib dalam kes SRC.

“Kami amat percaya bahawa keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi juga mesti dilihat telah dilaksanakan. Ini bagi memastikan proses kehakiman yang adil dan saksama untuk semua pihak yang terlibat.

“Justeru, kami dengan rendah hati memohon siasatan menyeluruh terhadap perkara ini untuk menegakkan integriti badan kehakiman dan memulihkan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan keadilan ditegakkan dan hak semua individu, termasuk bapa saya Datuk Seri Najib Razak, dilindungi mengikut prinsip sistem perundangan yang adil dan saksama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat