Enam projek pembuatan Turkiye di Malaysia cecah RM429.2 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Republik Türkiye kekal menjadi salah satu rakan dagangan penting Malaysia di rantau Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada tahun 2022, Türkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan sumber import keenam terbesar dalam kalangan negara Asia Barat, dengan perdagangan dua hala berjumlah USD4.62 bilion (RM20.25 bilion).

“Sehingga kini sejumlah enam projek pembuatan dengan pelaburan Republik Türkiye telah dilaksanakan di Malaysia, dengan jumlah pelaburan bernilai USD123.2 juta (RM429.2 juta).

“Kerajaan Malaysia akan terus memperkukuhkan jaringan perniagaan-ke-perniagaan antara Malaysia dan Republik Türkiye, serta mengalu-alukan syarikat-syarikat dari negara berkenaan untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Perdana Menteri berkata demikian ketika hadiri Majlis Makan Malam dan Dialog anjuran Independent Industrialists and Businessmen’s Association (MUSIAD) sempena misi perdagangan yang terdiri daripada 41 buah syarikat daripada Republik Türkiye, malam tadi.

“Saya turut berkesempatan untuk berjumpa dengan Duta Republik Türkiye ke Malaysia TYT Emir Salim Yuksel, Naib Pengerusi MUSIAD Mr. Davut Altunbas dan Pengerusi MUSIAD Malaysia Mr. Sabri Yardimci.

“Turut hadir Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan agensi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat