Nafas baharu lagu hit

- Advertisement -

BAGI penggemar lagu dari Indonesia sekitar 2000-an, tentunya lagu berjudul Biar Menjadi Kenangan menjadi lagu yang tidak asing lagi di telinga.

Pernah dipopularkan gandingan duet Reza Artamevia dan penyanyi dari Jepun, Masaki Ueda, lagu ciptaan Ahmad Dhani ini pernah dimuatkan dalam album Reza berjudul Keabadian.

Kini, Biar Menjadi Kenangan akan mengimbau kenangan, tetapi dengan sentuhan dan nafas baharu lebih segar, sekali gus menggandingkan Dhani sendiri dengan penyanyi bersuara lunak, Raisa.

Menariknya, Biar Menjadi Kenangan versi baharu yang mula dilancarkan pada 12 Jun lalu juga menjadi pembuka untuk kolaborasi pertama #GeminiGenk di Konsert 51 Tahun Kerajaan Cinta Ahmad Dhani yang berlangsung pada 28 Mei lalu.

Bagi Raisa, kesempatan menyanyikan semula lagu Biar Menjadi Kenangan adalah satu penghormatan memandangkan karya ini adalah karya kegemarannya.

“Kerana ini adalah lagu kegemaran saya dan ketika Mas Dhani mengajak berduet untuk konsertnya, saya sangat gembira dapat menyanyikan lagu ini,” katanya.

Single ini dihasilkan sebulan sebelum konsert itu berlangsung dan dirakamkan oleh Raisa serta Dhani di studio Dhani disamping menggunakan khidmat Barsena sebagai pengarah muzik.

Label yang mewakili Raisa, JUNI Records menganggap projek ini adalah satu kolaborasi hebat dan berbeza berbanding kebiasaan.

Ketua Pegawai Eksekutif JUNI Records, Adryanto Pratono berkata, kedua-dua bintang berbakat besar ini saling meneroka bakat masing-masing dalam berkarya.

“Dhani dan Raisa sama-sama meneroka, khususnya dalam mencari jalan tengah untuk rentang vokal mereka berdua,” katanya.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat