Sisi Ebrahim Raisi, Presiden Iran yang terkorban

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dilaporkan telah meninggal dunia dalam nahas helikopter di kawasan Varzaqan, wilayah Azerbaijan Timur.

Kesemua dalam helikopter Ebrahim termasuk Imam Solat Jumaat Tabriz, Ayatollah Mohammad Ali Al-Hashem, Menteri Luar Negeri Hossein Amirabdollahian, dan Gabenor Azerbaijan Timur Malek Rahmati, turut meninggal dunia dalam nahas tersebut.

Insiden ini berlaku selepas satu majlis perasmian Empangan Qiz Qalasi yang dihadiri oleh Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Mangsa lain termasuk Ketua Pasukan Keselamatan Presiden, Mejar Jeneral Seyed Mehdi Mousavi, seorang anggota Kor Ansar al-Mahdi, juruterbang dan pembantu juruterbang helikopter, serta seorang juruteknik.

Stesen televisyen Iran melaporkan Presiden Iran tersebut dianggap mencapai tahap syahid kerana meninggal dunia semasa berkhidmat kepada rakyatnya.

Berusia 63 tahun, Ebrahim mewakili fraksi konservatif dan garis keras dalam politik Iran, telah menjadi presiden selama hampir tiga tahun, dan kelihatan akan bertanding semula pada pilihan raya tahun depan.

Ebrahim Raisi berkahwin dengan Jamileh Alamolhoda, anak perempuan Imam Solat Jumaat Mashhad, Ahmad Alamolhoda dan mempunyai dua orang anak perempuan. Isterinya Jamileh merupakan seorang profesor madya di Universiti Shahid Beheshti Tehran dan Presiden Institut Kajian Asas Sains dan Teknologi universiti tersebut.

Sebelum terkorban Ebrahim disebut-sebut sebagai calon pengganti Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tertinggi Iran yang telah berusia 85 tahun.

Beliau dilahirkan di Mashhad di timur laut Iran, sebuah pusat keagamaan untuk Muslim Syiah. Beliau menjalani pendidikan agama dan dilatih di seminari di Qom, belajar dengan ramai ulama terkemuka syiah, termasuk Khamenei.

Seperti pemimpin tertinggi Iran yang lain, beliau turut memakai serban hitam, yang menandakan bahawa beliau adalah seorang sayyid – keturunan Nabi Muhammad – status yang mempunyai makna khusus dalam kalangan Muslim Syiah Imam 12.

Ebrahim mempunyai pengalaman meluas dalam bidang perundangan menjadi pendakwa raya di pelbagai bidang kuasa sebelum datang ke Teheran pada tahun 1985.

Beliau kemudian memenangi pilihan raya dan menjadi ahli Assembly of Experts, badan yang berperanan memilih memilih pengganti pemimpin tertinggi negara jika penyandang meninggal dunia. (Asembly of Expert hampir menyerupai Dewan Rakyat Malaysia dan mempunyai 88 orang anggota).

Sebelum menjadi Presiden, Ebrahim turut menjadi Peguam Negara Iran selama dua tahun 2014-2016. Dalam masa yang sama beliau turut dilantik oleh Khamenei untuk mengetuai Astan Quds Razavi. Yayasan amal besar ini mempunyai aset bernilai berbilion dolar dan menjadi penjaga makam Imam Reza, imam Syiah kelapan.

Ebrahim pada awalnya mencalonkan diri sebagai presiden pada tahun 2017, namun mencabar pemilihan semula bekas Presiden Hassan Rouhani, yang mewakili kumpulan tengah dan moderat.

Ebrahim ternyata mempunyai kedudukan istimewa kepada Khamenei. Dua tahun kemudian pada 2019, pemimpin tertinggi Iran itu melantik Ebrahim Ketua Sistem Hakim Negara.

Beliau memperkenalkan dirinya sebagai pembela keadilan dan pejuang melawan rasuah, dan sering melakukan perjalanan ke daerah untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Ebrahim yang dilihat mewakili kelompok tradisonal menjadi presiden pada tahun 2021 di tengah-tengah peratusan pengundi yang rendah dan banyak penyingkiran calon reformis dan moderat.

Sebelum kematiannya beliau dilihat telah mendapatkan kedudukan yang kukuh untuk pemilihan semula.

Ebrahim membuat banyak ucapan sejak permulaan perang di Gaza pada bulan Oktober untuk mengutuk “pembunuhan beramai-ramai” dan “pembantaian” yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin, dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan.

Beliau berjanji akan membalas dendam terhadap Israel selepas negara tersebut menghancurkan bangunan konsulat Teheran di Syria dan membunuh tujuh anggota Korps Pengawal Revolusi Islam (IRGC), termasuk dua jeneral.

Dan tidak menunggu lama beliau melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu ke Israel, kebanyakan yang berjaya ditembak jatuh oleh gabungan sekutu Israel – namun Iran mendakwa kejayaan keseluruhan.

Beliau adalah penyokong utama dasar strategik “pertarungan” dan “ketahanan” yang diambil oleh Khamenei dalam menghadapi sekatan paling keras yang pernah dihadapi Iran – yang dikenakan selepas perjanjian nuklear gagal.

Sebagai sekutu rapat IRGC, presiden yang baru meninggal ini juga merupakan penyokong kuat “praksi pertarungan” kumpulan politik dan bersenjata yang disokong Iran di seluruh rantau, termasuk di Iraq, Syria, Lebanon, dan Yaman.

Dan beliau adalah penyokong kuat Presiden Syria Bashar al-Assad, yang disokong Iran dalam perang pemerintahannya melawan pembangkang Syria, yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.

Seperti mana pemimpin negara lain yang mempunyai sistem politik tertutup dan menekan kumpulan bertentangan, pemergiannya akan ditangisi sebahagian rakyat dan diraikan sebahagian lain .  -SUARATV/AL JAZEERA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat