YBR Beri Bantuan 60 Sekolah Di Sabah

- Advertisement -

PENAMPANG — Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan kepada 60 buah sekolah rendah dan menengah di Sabah bagi membantu sesi persekolahan yang telah pun bermula sejak Mac 2023.

Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick berkata sebanyak 52 sekolah kebangsaan dan 8 sekolah menengah kebangsaan menerima bantuan melalui kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Saya juga amat berterima kasih dan menyokong inisiatif YBR dan berharap lebih banyak entiti korporat dan organisasi lain, dapat turut sama membantu dalam memberi bantuan-bantuan sebegini tanpa mengira bentuk atau nilai wang ringgit bagi memartabatkan pendidikan.

“Syarikat-syarikat korporat serta NGO perlu sama mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan.

“Pemberian bantuan ini dipecahkan kepada dua lokasi yang telah dikenalpasti iaitu di sekitar Penampang dan seterusnya di Kadamaian dalam dua majlis penyerahan yang berasingan,” katanya di dalam majlis penyerahan bantuan di sini hari ini.

Sementara itu, Ewon berkata, bantuan ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baru.

Dalam majlis sama, Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, pemberian bantuan berkenaan dibahagikan kepada dua lokasi yang sudah dikenal pasti iaitu di sekitar Penampang dan Kadamaian dalam dua majlis penyerahan yang berasingan.

Jelas Philip lagi, usaha ini juga menjadi salah satu strategi dalam membantu masyarakat terutamanya di dalam bidang pendidikan bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat terutamanya di Sabah.

“Bantuan yang disalurkan kepada pihak sekolah itu diharapkan dapat memberi suntikan semangat dan motivasi kepada pihak sekolah untuk membantu murid-murid serta sebagai tanda ingatan YBR dalam membantu komuniti setempat.

“Usaha ini juga menjadi salah satu strategi dalam membantu masyarakat terutamanya di dalam bidang pendidikan bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat terutamanya di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, 31 warga emas di sekitar Penampang dan Kota Belud terharu apabila menerima bantuan kerusi roda serta katil yang turut diserahkan sendiri oleh Ewon dalam satu majlis berasingan.

Penyerahan bantuan kepada sekolah-sekolah ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick di Dewan SM St. Michael, Penampang.

Turut hadir dalam sesi penyampaian ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayan Jannie Lasimbang, Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR merangkap Ahli lembaga Pengarah Bank Rakyat, Professor Dr. Haji Raduwan Idar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Junik Bajit, Pengurus Besar YBR, Encik Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Sektor Perancangan, Marcella Sikijip.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat