‘Saya Tak Hadir – Itu Bukan Sidang Media Pakatan Harapan’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa sidang media yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa pemimpin komponen pembangkang pada 18 Mei 2020 lepas, bukan sidang media Pakatan Harapan.

Beliau memaklumkan perkara itu di laman Facebook miliknya menerusi siaran langsung.

“Jawapannya mudah, ini bukan sidang media Pakatan Harapan (PH).

“Oleh yang demikian, kita tak akan mengadakan sidang khas PH.

“Tapi ini tidak menghalang kalau DAP, Bersatu, Amanah atau PKR buat sidang media masing-masing, atau ahli-ahli parlimen buat pandangan.

“Jadi saya nak jelaskan, bukan sidang PH. Tetapi kita demokratik, boleh mengeluarkan (pandangan),” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution memberitahu bahawa  sidang media yang diadakan itu adalah mengenai kedudukan Bersatu dalam krisis politik semasa.

Menurutnya, keputusan itu dicapai semasa mesyuarat PH pada hujung minggu lalu.

Saifuddin Nasution berkata demikian sebagai penjelasan terhadap persoalan yang timbul selepas Anwar tidak hadir pada sidang media berkenaan.

Selepas persidangan Parlimen pada 18 Mei lalu, Tun Mahathir mengadakan sidang media khas di Yayasan Perdana, Putrajaya yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu, serta Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat