Imigresen, PDRM Gempur Pendatang Tanpa Izin Di PKPD Pasar Jalan Othman

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di sini, yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digempur Jabatan Imigresen, pagi tadi.

Kawasan itu dikatakan dibanjiri warga asing daripada beberapa negara termasuk Pakistan, Bangladesh dan India.

Serbuan yang mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dijalankan bermula jam 9 pagi tadi dan dijangka berakhir tengah hari ini.

Difahamkan, operasi mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu dilaksanakan berikutan keseluruhan kawasan yang digempur dipasang kawat duri berikutan pelaksanaan PKPD.

Mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Peraturan dan Akta Imigresen 1959/1963.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, operasi masih berjalan dan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Imigresen setakat ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi turut dikatakan berada di lokasi serbuan bagi memantau situasi semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat