Semua wakil rakyat perlu tahu SOP buang sampah – Tengku Hassanal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, semua wakil rakyat perlu tahu Standard Operating Procedur (SOP) buang sampah.

Menurut Baginda, barangan yang luput tarikh, rosak sepatutnya dihantar ke landfill (pusat pelumpusan sampah).

Baginda bertitah demikian susulan pengakuan bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang mengaku, dan memohon maaf kerana membuang dan membakar ratusan kampit beras, tepung, sardin, mi berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Temerloh Pahang, seperti yang dilaporkan media tempatan semalam.

“OK, lain kali tolong report kepada kerajaan terus.

”Kalau saya, saya suruh hantar ke landfill,

”(Semua wakil rakyat perlu tahu SOP buang sampah) @drismailsaid087,” tulis Baginda di Instagram Story miliknya di @this.7,” pada Sabtu.

Terdahulu, Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said mengaku bertanggungjawab penuh serta menyesal. Dan beliau juga memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur yang viral di media sosial semalam.

“Saya ambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Temerloh Pahang,” kata bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, lapor BH di Temerloh.

Lewat petang semalam, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin, tepung dan barangan makanan lain dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum di Temerloh.

Gambar itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Susulan itu, ramai netizen beri komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengapa perkara itu terjadi kerana dianggap satu pembaziran dan merugikan.

Siasatan di stor simpanan ini mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk dan kutu beras.

Menurutnya, sebahagian daripada beras ini telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar, dan sebahagian lagi telah dilupuskan.

Barangan lain seperti tepung, sardin, mi juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat