Single Raya papar kolaborasi unik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keseronokan meraikan Lebaran bersama keluarga di desa cukup dirasakan kali ini berikutan fasa peralihan endemik yang membolehkan rakyat merentas negeri.

Suasana tentunya tidak seperti Aidilfitri yang disambut dengan pelbagai sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengawal penularan COVID-19, selama dua tahun berturut-turut sejak 2020.

Memahami keterujaan ramai, Distinct Entertainment dengan kerjasama Universal Music Malaysia tampil dengan sebuah lagu berjudul Raya yang membawa tema cinta dan kegembiraan pada musim perayaan.

Mencipta kelainan, lagu Raya menyaksikan kolaborasi dua penyanyi Tionghua, Ash Lu dan Nick Kung bersama ‘rapper’ daripada kumpulan DeFAM, Sophia Liana.

 

Distinct Entertainment yang kali pertama menerbitkan lagu Melayu mahu menggambarkan perayaan di Malaysia boleh disambut berbilang bangsa tanpa mengira kaum dan agama melalui single Raya. Foto Ihsan Distinct Entertainment
Distinct Entertainment yang kali pertama menerbitkan lagu Melayu mahu menggambarkan perayaan di Malaysia boleh disambut berbilang bangsa tanpa mengira kaum dan agama melalui single Raya. Foto Ihsan Distinct Entertainment

 

Dianggap sebuah karya unik, Raya yang menggabungkan penyanyi Melayu dan Tionghua, membawa nuasa rancak bagi menyemarakkan semangat meraikan Syawal dalam suasana muhibah.

Elemen rap yang dicipta sendiri Sophia bertambah mantap dengan gandingan Lu dan Kung.

Distinct Entertainment yang kali pertama menerbitkan lagu Melayu mahu menggambarkan perayaan di Malaysia boleh disambut berbilang bangsa tanpa mengira bangsa dan agama.

Syarikat itu dalam kenyataan menyebut, projek lagu Raya dimulakan kira-kira sebulan lalu.

“Kami merancang dan menyediakan perincian untuk penggambaran video muzik, penghasilan melodi, penulisan lirik dan susunan lagu sejak sebulan lalu.

“Ini adalah kolaborasi pertama Distinct Entertainment untuk memasuki pasaran Melayu.

“Kerjasama antara ketiga-tiga penyanyi itu cukup unik dan istimewa tidak seperti lagu lain. Sophia juga cukup bersemangat sepanjang menjayakan projek ini,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, single Raya berkisar keterujaan meraikan Aidilfitri yang cukup dinantikan-nantikan selepas sekian lama tidak bertemu sanak-saudara disebabkan pandemik COVID-19.

“Lirik Raya berkaitan pandemik dan suasana Hari Raya dalam norma baharu,” katanya.

Single Raya diterbitkan Universal Music Malaysia untuk memastikan kualiti bunyi dan pengalaman muzik terbaik kepada pendengar.

Lagu itu bakal berkumandang di pusat beli-belah dan corong radio bagi menyemarakkan lagi Lebaran.

Single Raya dilancarkan sejak 8 April lalu dan boleh dinikmati di platform media sosial rasmi Distinct Entertainment.

Peminat juga boleh layari Facebook (FB), Instagram (IG) dan YouTube kendalian Distinct Entertainmet untuk maklumat lanjut.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat