Satu Lagi Maahad Tahfiz Di Kelantan Dikenakan PKPD – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Maahad Tahfiz AlQuran Wal Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Machang di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 4 Mei berikutan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD di kawasan itu dibuat setelah penilaian risiko dijalankan bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) apabila 97 kes positif direkodkan menerusi 243 ujian saringan.

“Pelaksanaan PKPD bertujuan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah di Kelantan turut dikenakan PKPD bermula 19 April lepas apabila 43 kes positif COVID-19 direkodkan menerusi 396 ujian saringan.

Ismail Sabri seterusnya memaklumkan penamatan dua PKPD di Sarawak iaitu di Penjara Sri Aman dan Kuarters Kakitangan, Sri Aman esok, dan Kampung Batu Gong, Siburan, Serian pada hari ini susulan penurunan kes baharu, serta kluster terkawal.

Sementara itu, katanya 110 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam, dengan 106 dikenakan kompaun manakala dua lagi direman.

Merujuk kepada Operasi Benteng pula katanya 23 pendatang tanpa izin ditahan dan 11 buah kenderaan darat turut dirampas. – Bernama

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Berita Berkaitan

Agong, Permaisuri Berkenan Tunai Solat Hajat Untuk Palestin

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan...

KKM Kesan Tiga Lagi Kes Covid-19 Berkaitan Varian India – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga lagi kes baharu COVID-19 yang dijangkiti varian dari India B.1.617.2. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

Malaysia Sedia Hantar Tentera Bantu Misi Pengaman PBB Di Palestin – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu misi pengaman di Palestin sekiranya ia diminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),...