Reno5 F peranti moden kelas pertengahan buat pengguna

JENAMA telefon pintar global, OPPO melancarkan siri terbaharu, OPPO Reno5 F iaitu peranti pertengahan dilengkapi dengan ciri foto dan video baharu serta pengecasan pantas yang bakal menjamin kepuasan pengguna.

Pelancaran peranti ini menyaksikan peranti jenis pertengahan juga mampu memenuhi keperluan pengguna dengan pelbagai spesifikasi baharu serba canggih pada harga lebih murah.

Video Potret Warna AI  

Tarikan utama peranti canggih OPPO Reno5 F adalah ia hadir dengan fungsi Warna AI pada kamera membolehkan pengguna menghasilkan gambar serta video berkualiti tinggi setaraf karya profesional.

Kebiasaannya peranti dengan mod potret hanya boleh digunakan pada kamera bagi mengambil gambar sahaja namun dengan perincian fungsi terbaharu pada OPPO Reno5 F, pengguna juga boleh mengguna pakai perincian ini pada mod video.

Fungsi ini akan memberi kesan menyeluruh kepada video dan gambar dengan potret warna AI.

Menariknya, fungsi AI ini membolehkan peranti mengesan subjek utama pada gambar atau video dan secara automatik memisahkan latar belakang dan subjek lain dengan mengekalkan warna subjek dalam video dan warna latar belakang menjadi warna monoton.

Pengguna tidak perlu risau mengambil gambar atau merakam video di kawasan sesak dengan perincian ini.

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan penuras monokrom canggih memudahkan proses mengambil video pada kawasan atau persekitaran yang sibuk dan sesak dengan mengekalkan hanya warna subjek pada video dirakam.

Fungsi kamera dengan kesan warna kontra akan menjamin kualiti video dirakam memiliki komposisi dan menonjolkan subjek serta mencerahkan potret subjek.

Turut tidak ketinggalan, fungsi Potret Warna AI ini dilengkapi dengan keupayaan untuk merakam video dengan kualiti 720p dan kadar bingkai sesaat pada 30fps.

Dengan keupayaan ini pengguna boleh merakam video dengan lebih lancar pada resolusi tinggi.

Sekiranya anda seorang peminat tegar konsert langsung, telefon ini amat sesuai digunakan dalam keadaan sesak seperti berikut.

Pandangan Dual Video 

Image

Image

Bukan itu sahaja, model Reno5 F ini turut dilengkapi pandangan dual video.

Ciri ini membolehkan pengguna menggunakan kamera menghadap hadapan dan belakang secara serentak.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu mengaktifkan mod dual ini dan secara automatik skrin dipisahkan dan akan menampilkan pra tonton kamera belakang serta kamera hadapan secara lalai.

Mod ini hadir dalam tiga paparan skrin berbeza iaitu skrin atas dan bawah dengan paparan sama, skrin segi empat sama mirip seperti panggilan video dan juga skrin paparan membulat.

Selain itu, ciri ini turut membenarkan peranti untuk menekan skrin paparan bulat dan segi empat ke mana sahaja melalui tingkap terapung boleh diluncur.

Menariknya, mod ini turut memudahkan pengguna mengambil video dalam masa singkat dengan cara mengaktifkan mod dua kamera dengan satu ketukan.

Antara rakaman video yang boleh dibuat dengan ciri ini adalah rakaman harian, rakam sambil menyanyi bersama artis kegemaran pengguna di konsert atau sambutan hari lahir keluarga tersayang.

Kamera belakang sokongan video monokrom

Image

Selain hasil gambar dan video terbaik menggunakan ciri Potret Ai, siri OPPO Rena 5F juga dilengkapi teknologi video monokrom di kamera belakang.

Ciri ini membolehkan kamera memberi fokus dengan memilih tiga warna utama iaitu biru, merah dan hijau melalui tapisan unit pemprosesan grafik (GPU) menyebabkan warna lain akan dihilangkan dari paparan.

Menariknya ciri ini menyokong rakaman video dengan dua kualiti iaitu 720p dan kadar bingkai sesaat pada 30fps dan juga, kualiti 1080p dan kadar bingkai sesaat pada 30fps.

Fokus warna kontra pada ciri ini akan membolehkan video yang dirakam menjadi karya agung bagi setiap pengguna.

Penampilan, warna rekaan menarik 

Image

Antara aspek lain menonjol pada siri Reno5 F dan bakal mencuri perhatian pengguna adalah reka bentuknya menonjolkan nilai estetika yang cukup in-trend dengan zaman kini.

Rekaan badan peranti siri Reno5 F cukup mengagumkan kerana ciri pada model peranti ini mempunyai perincian lebih teliti dan berbeza dari reka bentuk siri OPPO lain.

Turut menjadi tarikan utama pada rekaan model ini, OPPO Reno5 F hadir dengan dua warna termasuk Fluid Black dan Fantastic Purple, yang semuanya dikembangkan menggunakan proses pewarnaan individu.

Untuk peranti berwarna hitam atau black fluid, warna gradien hitam lembut dari gelap ke cerah mirip dengan warna dakwat di dalam air.

Tekstur warna hitam gradien berubah dengan tambahan warna perak pada bahagian atas memberikan daya tarikan muda dan moden.

Manakala bagi peranti berwarna ungu, atau fantastic purple peranti ini melalui proses lapisan kristal cair.

Warna pada lapisan penutup bateri pula seakan gambaran aurora matahari terbit dan berwarna hijau.

Pelbagai variasi warna ungu diadaptasi pada warna model ini menambah baik kualiti model Reno5 F, warna ungu yang cerah dan cantik serta sesuai dijadikan pilihan warna telefon lelaki.

Selain itu, kemasan matt secara semula jadi turut disatukan ke dalam tekstur berkilat peranti ini bagi mewujudkan warna bebas silau dan kadar geseran lembut.

Warna Reno5 F adalah warna popular dan memberi gambaran awet muda pada pengguna serta memberikan perasaan menggunakan produk premium berbanding dengan produk lain pada harga yang sama.

Rekaan nipis, lebih lasak

Image

Model Reno5 F ini cukup mengagumkan kerana ciri ditonjolkan pada model baharu ini memiliki kedalaman badan peranti yang lebih nipis.

Pengguna juga masih boleh memegang telefon pintar ini secara selesa walaupun pada jangka lama.

Seberat 172 gram dan 7.8 milimeter model Reno5 F ini mampu menyerap kejutan dan menahan hentakan sekiranya peranti ini terjatuh.

Struktur lebih nipis pada model ini juga dipasang dalam ruang terhad dilengkapi dengan empat kamera dan bateri 4301 mAh. 

Perincian sistem peranti terbaik

Image

Selain rekaan yang unik, ciri mengujakan terdapat pada siri OPPO Reno5 F ini adalah perisian pemproses pada peranti.

Model ini dilengkapi dengan pemproses MediaTek Octa-core dengan RAM 4GB + ROM 128 atau 64GB.

Dengan ciri ini model ini mampu membantu mengoptimumkan simpanan storan, pengguna tidak perlu memindahkan data untuk mengosongkan ruang simpanan sekiranya ruang storan penuh.

Bagi pengguna yang gemar bermain permainan mudah alih di telefon, peranti ini mungkin sesuai dijadikan teman baik anda kerana ia dilengkapi dengan mod fokus permainan.

Image

Turut hadir dengan ColorOS 11.1 yang bukan sahaja melancarkan pengalaman bermain permainan mudah alih, malah menawarkan privasi dan keselamatan melalui ciri Private Safe, App Lock dan Screencast Privacy Sheild.

ColorOS 11.1 juga sangat cekap dengan adanya FlexDrop dan Nearby Sharing yang membolehkan anda keluar daripada aplikasi tanpa perlu menutup secara penuh dan berkongsi dokumen dengan kawan atau rakan sekerja melalui OPPO Share dan Nearby Sharing.

Ketika pengguna sedang bermain game, ia akan menyekat segala pemberitahuan dan panggilan masuk dan akan mengurangkan gangguan ketika anda sedang dalam permainan.

Selain itu, bagi mengelak peranti anda daripada panas melampau akibat penggunaan terlalu lama, plat grafit 0.1 milimeter digunakan di skrin untuk mengawal pertambahan haba.

OPPO Reno5 F juga memiliki kebolehan pengecasan pantas dengan 30 W VOOCmemastikan pengecasan stabil dan pantas.

Peranti ini hanya memerlukan 56 minit sahaja untuk di cas secara penuh dan pengguna tidak perlu risau kerana peranti ini turut menggunakan pelindung bateri yang melindungi bateri daripada pengecasan berlebihan pada waktu malam.

Image

OPPO Reno5 F bakal tersedia bermula pada 15 April 2021 di Malaysia dan peranti ini didatangkan dengan dua warna iaitu Fluid Black dan Fantastic Purple.

Kedua-dua warna peranti ini mempunyai dua pilihan storan iaitu 8GB RAM + 128G storan atau kapasiti yang lebih tinggi iaitu 8GB RAM + 256G storan.

Bagi pelanggan yang ingin memiliki OPPO Reno5 F, telefon pintar ini dijual pada harga pasaran RM1,199 dan pelanggan boleh dapatkan peranti ini di beberapa tempat iaitu   cawangan My OPPO Space, cawangan OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO, rakan telco OPPO, pengedar sah OPPO atau rakan e-dagang OPPO.

Selain itu, para pelanggan yang membeli OPPO Reno5 F bakal menikmati ganjaran eksklusif untuk ahli My OPPO, di mana pengguna boleh menebus kod promo bernilai RM100 dan tiket wayang GSC serta kombo popcorn di My OPPO App!

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang kedai dalam talian OPPO di https://www.oppo.com.my/products/Reno5F/260 atau layari  Shopee dan Lazada.

Harian Metro

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

Khatam Al-quran Perdana

RAMADAN tahun ini sudah hampir ke penghujungnya. Umat Islam seluruh pelusuk dunia kini berlumba-lumba melakukan pecutan akhir dalam melipatgandakan amalan pada 10 malam terakhir...

Boleh ‘shooting’ masa PKP

Kuala Lumpur: Aktiviti penggambaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini dan esok dibenarkan, namun syarikat produksi perlu membuat permohonan Sijil...

Siapa bakal jadi Superman kulit hitam?

Los Angeles: Buat julung kalinya, filem Superman akan datang bakal menampilkan watak utama dan pengarah berkulit hitam, manakala skripnya ditulis Ta-Nehisi Coates yang juga...