Pra-Tempahan Siri HUAWEI MateBook 2021 Sedia Dibuka Dengan Harga RM3,299

- Advertisement -

Mulai memasuki arena komputer sejak pada tahun 2016, HUAWEI nampaknya semakin matang dalam menawarkan produk menepati citarasa pengguna memasuki tahun kelima.

Pada hari ini, HUAWEI Malaysia secara rasminya telah mengumumkan pra-tempahan bagi lima model daripada siri MateBook bakal ditawarkan dengan spesifikasi yang lebih baik buat para pengguna.

HUAWEI MateBook 2021 Series Price Announcement

Pada kali ini, siri ini ditingkatkan lagi spesifikasi menerusi penawaran processor Intel Core-i5 generasi kesepuluh, RAM 16GB dan juga SSD dengan saiz 512GB. Rekaan dengan bezel nipis dan kehadiran warna Emerald Green pastinya membuatkan model ini tampil unik berbanding model-model komputer riba yang lain.

Pra-tempahan yang bermula seawal 20 April ini sedia menawarkan pengguna komputer riba daripada HUAWEI bermula dengan harga RM3,299. Menariknya, 1,500 pembeli terawal tidak hanya ditawarkan dengan komputer riba untuk setiap pembelian malah turut disertakan bersama hadiah menarik yang bernilai sehingga RM800.

Promosi menarik daripada HUAWEI ini nampaknya tidak ditawarkan dalam jangka masa yang panjang dan bakal ditamatkan pada 23 April ini.

Para pelanggan boleh dapatkan siri HUAWEI Matebook 2021 di rangkaian rasmi HUAWEI, HUAWEI Online Store dan juga menerusi SenHeng, Harvey Norman dan Courts. Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan model terbaru daripada HUAWEI dengan harga berbaloi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat