Langgar SOP, Jabatan Kesihatan Perak Siasat Aduan Pelajar Matrikulasi Gopeng Didenda RM1,500

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan siasatan berhubung aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dekat Gopeng, dikompaun RM1,500 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya malam tadi.

Katanya, siasatan segera sedang dilakukan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

“Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Perak. Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab ciapan pengguna Twitter, @NabilAmirul4 yang mempertikaikan tindakan kompaun ke atas pelajar Kolej Matrikulasi Perak oleh pegawai KKM yang datang ke kafe kolej itu.

“Pelajar Matrikulasi Perak kena kurung sepanjang semester, tetapi KKM masuk kafe dan kompaun pelajar RM1,500. Elaun kami enam bulan pun hanya RM1,250,” menurut ciapan pengguna Twitter terbabit.

Sejak Isnin lalu, tular di media sosial pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500 oleh pegawai KKM kerana tidak memakai pelitup muka biarpun berada dalam kawasan kolej.

Tindakan itu dipertikai kerana pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.

Difahamkan, pihak KKM datang ke kolej terbabit pada Ahad lalu disebabkan kes keracunan makanan di sebuah kafe di situ.

Bagaimanapun, mereka datang lagi pada keesokannya dan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat