EXCO Pemuda UMNO Gelar Kluster Melompat Parti ‘Kluster Binatang’

CYBERJAYA: EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyelar kata-kata biadap seorang Pemimpin Bersatu,  yang menggelar kluster mahkamah adalah kluster binatang.

Tegasnya, sebaliknya yang melompat-lompat partilah yang adalah ‘haiwan’ politik yang mengkhianati mandat dan undi rakyat.

“Mereka ibarat tiada maruah dan sanggup menjual undi rakyat demi ketamakan kuasa dan menyelamatkan diri daripada dikenakan tindakan mahkamah di atas salahlaku masing-masing.

“Lihat sahaja beberapa kes termasuklah pemimpin DAP yang dituduh merogol amah, Pemimpin PKR dituduh rasuah, salahguna dana J-KOM untuk kepentingan politik, kes video semburit ‘iras-iras’ pemimpin PN pun, sampai ke hari ini, masih tidak dapat disahkan klip video tersebut. Ini lebih hina daripada kluster mahkamah yang dianggap beliau sebagai ‘Kluster Binatang.’ katanya lagi.

Ujarnya, mana-mana pemimpin UMNO yang telah disabitkan atau dituduh di mahkamah, banyak saya lihat, hanya sebagai tawanan politik untuk dijadikan peluru pada PRU akan datang, walhal PN lebih ramai kluster yang sepatutnya dihadapkan ke mahkamah.

Menurut beliau lagi, dengan isu covid yang masih tidak selesai dan lebih membimbangkan, ekonomi negara yang terus merudum, para pelabur lari melabur ke negara lain kerana pengishtiharan darurat politik, beratus ribu rakyat dibuang kerja, rakyat yang semakin memberontak tidak mendapat bantuan, itu sepatutnya menjadi keutamaan pemimpin kerajaan sekarang.

Tegasnya sekali lagi “Jadi, jangan biadap dan jangan rasa kuasa politik itu boleh kekal selamanya. Lebih baik anda memikirkan isu rakyat dan ekonomi negara dan buka sidang parlimen segera agar rakyat dapat lihat samada kuat atau lemahnya kerajaan sekarang”.

“Saya sarankan agar pemimpin PN muhasabah diri sendiri, cermin diri sendiri dan usah meludah kelangit, nanti berkahak muka sendiri dan utamakan masalah negara yang tidak mampu ditangani daripada sibuk memikirkan hal politik yang tidak berkesudahan, katanya. -SuaraTV

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...