J-KOM Nafi Bayar Elaun Bulanan RM15 Ribu

- Advertisement -

CYBERJAYA: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) menafikan membayar elaun bulanan berjumlah RM15,000 kepada individu seperti yang didakwa di akaun Facebook ‘Politaik’.

Menurut kenyataan media J-KOM, video yang tular dan dimuat naik di akaun Facebook tersebut pada 16 April lepas tiada kaitan dengan jabatan tersebut.

“Hantaran di akaun Facebook tersebut memaparkan video yang mendakwa J-KOM membayar individu tertentu sebanyak RM15,000 secara bulanan. Individu yang terlibat dalam video tersebut bukan merupakan kakitangan J-KOM dan input video tidak melibatkan J-KOM sama sekali. Tuduhan yang melulu dan tidak berasas merupakan tindakan yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab serta menimbulkan kekeliruan orang ramai,” kata kenyataan media itu.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada akaun media sosial rasmi J-KOM iaitu Facebook (Jabatan Komunikasi Komuniti), Instagram dan Twitter (@dccomm_gov) untuk maklumat sahih berhubung J-KOM, ujar kenyataan tersebut. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat