Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing dilantik sebagai duta khas bertaraf menteri ke China.
Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan perlantikan bagi mewakili Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Tiong telah dilantik sebagai duta khas kepada perdana menteri ke China bertaraf menteri.
“Beliau akan berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan,” menurut kenyataan itu.
Tiong merupakan duta khas perdana menteri kedua dilantik selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Timur Tengah pada 2 April lalu.
Ahli Parlimen Bintulu selama lima penggal itu pernah menjadi duta khas perdana menteri ke Asia Timur pada 2014 hingga 2018. -SuaraTV