Jangkitan Covid-19 Meningkat Kepada 8,041 Kes Di Singapura

- Advertisement -

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan tambahan 1,426 kes jangkitan COVID-19, menjadikan peningkatan jumlah kes disahkan di pulau tersebut kepada 8,041.

Kementerian itu menyatakan, majoriti kes baru tersebut merupakan dalam kalangan pemegang Permit Kerja yang tinggal di asrama pekerja warga asing, manakala 16 kes melibatkan warga Singapura/Penduduk Tetap.

“Kami masih berusaha mendapatkan butiran kes tersebut, dan maklumat terkini akan dihebahkan melalui kenyataan media MOH yang akan dikeluarkan malam ini,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga 12 tengah hari Ahad (19 April), Singapura mengklasifikasikan 4,706 kes sebagai penduduk asrama, 305 melibatkan pemegang permit kerja tidak tinggal di asrama, 1,008 kes komuniti dan 569 lagi kes import.

Dengan jumlah terkini, Singapura yang melaporkan kes pertama COVID-19 pada 23 Jan telah mencatatkan kes tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

Sehingga kini Singapura telah mengazetkan 12 asrama sebagai kawasan pengasingan daripada lebih 20 asrama terbabit, dengan kebanyakan penduduk asrama dijangkiti terdiri daripada warga Bangladesh, India,China dan Myanmar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,587FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat