Covid-19: Kematian Di Amerika Melepasi 40,000 orang

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Sementara kepimpinan negara berkenaan, baik diperingkat negeri dan persekutuan sedang mencari jalan bagaimana untuk membuka ekonominya semula dalam jangka masa terdekat, jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat tersebut terus meningkat dan sudah melepasi 40,000 orang, lapor CNN.

Keseluruhannya, seramai 764,177 orang di negara tersebut telah dijangkiti. Jumlah jangkitan di New York sahaja menghampiri 250,000 orang setakat semalam.

Angka-angka ini terus meletakkan Amerika Syarikat dengan jumlah tertinggi untuk jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di dunia.

Sejak 11 April lagi, Amerika telah mengatasi Itali dari segi jumlah kematian akibat Covid-19. Berdasarkan statistik jangkitan pula, Amerika mengatasi negara-negara lain sejak 26 Mac lagi.

Menariknya, dalam keadaan yang begitu pun, kepimpinan negara itu sedang merancang untuk membuka kembali perniagaan, membenarkan perhimpunan awam dan sebagainya?

Tak pasti bagaimana dengan ratusan ribu orang masih dijangkiti dan entah berapa ramai pula yang telah dijangkiti tapi masih belum dikesan, rancangan ini akan mencapai kejayaan utama iaitu menghapuskan virus tersebut

Bercakap tentang kebijakan membuat keputusan ya?

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat