Hanya dalam masa sebulan, 27 orang pelajar KKSY hasilkan Miniatur Raya

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – 27 orang pelajar bersama alumni dan pensyarah program Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Selayang (KKSY) berjaya menghasilkan 20 rekaan pakaian Miniatur Raya 2024 bertemakan Baju Tradisional dan Fusion Tradisional sempena Kempen Raya 2024 di Centre Court Pavilion pada Selasa.

Ketua Program Fesyen dan Pakaian KKSY, Siti Fatimah Dzulkifli berkata koleksi Miniatur Raya adalah koblarasi bersama Yayasan Tunku Zahirah dan pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill.

Menurut Siti Fatimah, hanya dalam tempoh sebulan sahaja mereka boleh menghasilkan koleksi ini. Ianya memberi pengalaman yang luas buat pelajar dan menjadi batu loncatan buat mereka untuk mengembangkan bakat dan kemahiran dalam industri fesyen di Malaysia.

“Produk yang dihasilkan ini bukanlah seperti baju-baju biasa yang selalu diperagakan oleh model kerana hasil yang dikeluarkan ini perlu mengikut patung saiz mini yang memerlukan ketepatan dalam mengukur serta penggunaan teknik jahitannya.

“Para pelajar komited dan teruja untuk menghasilkannya walaupun mempunyai tugasan dan tanggungjawab yang lain kerana peluang yang datang merupakan peluang keemasan dalam menyerlahkan bakat dalam industri serta bukti bahawa minat dalam bidang fesyen mampu memupuk sikap positif dalam diri pelajar,” ujarnya.

Sementalah itu, pelajar tahun 3 KKSY, Siti Syazwani Mohd Yusof, 20, berkata dia tidak menyangka hasil tangan dan kemahiran kreativitinya dapat diperagakan, tambahan pula di sini merupakan tumpuan pelancong yang datang daripada pelbagai pelosok dunia.

“Saya sangat teruja dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada orang luar disamping dapat mempamerkan Baju Kebaya Songket versi miniatur, sekecil ini adalah julung kali saya hasilkan melalui projek ini.

“Selama ini, potongan kain, penyediaan pola, dan cara jahitan adalah seperti saiz standard namun cabaran menyediakan rekaan miniatur ini memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi kerana ukuran melalui patung miniatur agak berbeza dengan produk akhir,” katanya.

Sebanyak 500 rekaan pakaian yang dipamerkan di sepanjang Ramadan dan Aidilfitri di Pavilion Kuala Lumpur, melibatkan 15 institusi pendidikan di seluruh Malaysia termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat