Ismail Sabri ziarah bekas Penolong Pengarah Utusan Malaysia

- Advertisement -

PETALING JAYA — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi bekas Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Faridah Hitam, 71, yang baru kehilangan suami, Hassan Abdul Wahab, 11 Mac lalu.

Dalam kunjungan selama lebih sejam itu, Ismail Sabri turut bertanyakan keadaan Faridah yang baru sahaja kehilangan suami tercinta, akibat jangkitan paru-paru.

Ismail Sabri berkata, Faridah, merupakan individu yang banyak menyalurkan maklumat dan membantu membina kariernya sebagai ahli politik.

“Saya mengenali beliau (Faridah) sejak mula menjadi Ahli Parlimen Bera pada tahun 2004. Beliau banyak membantu saya menyampaikan maklumat dan membantu saya membina karier sebagai ahli politik.”

“Ziarah ini sebagai tanda kasih saya kepada beliau dan pengamal media yang lain atas jasa mereka membantu negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Faridah berkhidmat lebih 30 tahun di akhbar Utusan Malaysia bermula tahun 1977 hingga 2008.

Faridah juga pernah menerajui akhbar hujung minggu iaitu Mingguan Malaysia pada Januari 2000 sebagai Pengarang selama tiga tahun, dengan jumlah edaran yang pernah dicatat sebanyak lebih 700,000 naskah.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, Program Kongsi Rezeki Ramadan yang dilancarkan beliau pada tahun lalu akan diteruskan pada Ramadan kali ini.

Melalui Program Kongsi Rezeki Ramadan yang dilancarkan Ismail Sabri pada tahun 2023, sebanyak 3,000 pek juadah berbuka puasa telah berjaya diagihkan, dengan 500 daripadanya diperuntukkan kepada petugas keselamatan berpendapatan rendah.

“Program Kongsi Rezeki Ramadan 2024 dilangsungkan dengan inisiatif berbeza iaitu pada tahun ini fokus kita adalah untuk membantu bekas pengamal media yang kini sedang menghadapi ujian getir kehidupan.

“Insya-Allah, saya akan menziarahi beberapa orang lagi pengamal media yang uzur dan sedang diuji dengan cabaran getir kehidupan,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat