Perjanjian Sukuk RM596 juta: SPRM Bebas Siasat Pegawai KDN – Saifuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi sepenuh ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap pegawai kementerian itu berhubung kes penyelewengan perjanjian sukuk bernilai RM596 juta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata SPRM bebas melakukan sebarang bentuk siasatan yang bersesuaian dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, termasuk menyiasat pegawai KDN.

“Bagi saya yang menerajui KDN, itu adalah ruang tugas dan tanggungjawab SPRM. Mereka harus diberi ruang seluasnya untuk menunaikan tanggungjawab mengikut lunas undang-undang sedia ada,” katanya kepada pemberita pada Peringatan Hari Polis Ke-216, pada Isnin lapor BH.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan.

Khamis lalu, akhbar itu melaporkan SPRM dijangka memanggil pegawai KDN bagi membantu siasatan kes penyelewengan perjanjian sukuk bernilai RM596 juta.

Sebelum itu, SPRM dilaporkan membongkar kes penyelewengan perjanjian sukuk yang dipercayai untuk pelaksanaan projek berkaitan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Susulan itu, empat individu berusia antara 40 hingga 55 tahun termasuk seorang pengarah, ketua pegawai kewangan dan seorang pemegang saham, ditahan SPRM sejurus mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, minggu lalu.

Sumber dipetik berkata, sukuk itu dipercayai diuruskan oleh sebuah bank tempatan bagi membiayai projek berkaitan, dan semua perbelanjaan serta hasil projek terbabit perlu dimasukkan ke dalam satu akaun khas yang ditetapkan.

Bagaimanapun, akaun khas itu kemudian didakwa ditukarkan kepada akaun lain yang dipercayai sengaja diwujudkan pada awal 2022, disyaki bagi mengelak pembayaran semula prinsipal dan keuntungan kepada pemegang sukuk.

Sukuk adalah satu sijil kewangan Islam yang mengambil konsep sama seperti bon dalam kewangan Barat, dan diterbitkan untuk pelabur yang akan menerima keuntungan dijana aset sandaran secara berkala.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat