Jiwa Raga Tetap Bersama Umno, Azalina Tak Patah Hati Gagal Sertai Top 5

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui meskipun tidak terpilih dalam Top 5 kepimpinan utama parti namun, jiwa raga tetap bersama Umno.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, kekalahan itu tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau malah masih setia dalam perjuangan Umno.

“Pemilihan Umno bagi sesi 2023-2026 telah menyaksikan suara perwakilan di seluruh negara dan saya berlapang dada serta menghormati pilihan para perwakilan.

“Namun, walau tidak terpilih dalam Top 5 kepimpinan utama, tidak sedikitpun mematahkan semangat saya. Saya masih setia dalam perjuangan ini demi masa depan parti yang saya cintai.

“Walaupun percubaan kali pertama saya ini gagal, namun bagi saya keputusan saya menawarkan diri diambil hanyalah demi kebaikan parti Umno supaya ia dilihat lebih terbuka dan progresif bagi mendepani cabaran semasa politik negara,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Azalina merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh kepimpinan di semua peringkat terutamanya kepada barisan Naib Presiden yang baharu dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang telah dipilih.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan di seluruh negara yang telah mengundi saya.

“Ucapan penghargaan ini saya panjangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 dan sekretariat yang berusaha bertungkus-lumus memastikan pemilihan kali ini berjalan lancar.

“Akhir sekali, jiwa dan raga saya tetap bersama UMNO walau di mana jua saya berada,” ujar Azalina lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat