Pembangkang Diganti Istilah Pengimbang Di DUN Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diarahkan menggunakan istilah ‘pengimbang’ untuk merujuk kepada pembangkang di negeri Darul Takzim itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata penggunaan istilah pengimbang itu sejajar dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Khamis lalu yang menitahkan panggilan pembangkang adalah istilah yang tidak sesuai.

“DUN Johor mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila Sultan Ibrahim menitahkan supaya wakil rakyat pembangkang di Johor digelar sebagai pengimbang.

“Sebagaimana istilah pengimbang telah digunakan Machap (Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi) semalam, maka diarahkan semua ahli Yang Berhormat menggunakan istilah pengimbang kerana lebih sesuai, murni dan tepat dan mampu wujudkan DUN yang wibawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memulakan persidangan sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di Iskandar Puteri pada Isnin.

Sewaktu merasmikan pembukaan persidangan DUN Johor Khamis lalu, Sultan Ibrahim bertitah gelaran ‘pembangkang’ yang diberikan kepada ahli dewan di pihak bukan kerajaan sebagai kurang sesuai, lapor BH.

Baginda bertitah, ini kerana peranan mereka bukanlah hanya membangkang segala cadangan kerajaan semata-mata, maka lebih sesuai istilah ‘Pengimbang’ digunakan berikutan peranan mereka bagi mengimbang dan memeriksa kerajaan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac tahun lalu, BN menang majoriti dua pertiga apabila memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi dan MUDA satu kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat