“Ini Tanggungjawab Bukan Kemegahan” – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap kepercayaan yang diberikan akar umbi Umno kepadanya untuk meneruskan tugas sebagai Naib Presiden adalah suatu pertanggungjawabab dan bukan kemegahan sama sekali.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berikrar untuk memberi keutamaan kepada mengembalikan semula perpaduan dalam parti.

“Masa berpolitik telah berakhir. Telah tiba masa untuk semua bertaut kembali sebagai keluarga besar yang saling bahu membahu demi mengembalikan Umno ke persada kepercayaan bangsa Melayu.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih sedalamnya atas kepercayaan ahli Umno untuk saya meneruskan tugas sebagai Naib Presiden.

“Insyaallah kita mulakan dengan mengikhlaskan diri untuk memulih, merawat dan membangunkan semula Umno,” katanya.

Dalam pada Khaled juga menyeru, sempena kedatangan Ramadan sangatlah elok untuk semua kembali mengukuhkan persahabatan demi Umno, bangsa dan Islam.

“Segala khilaf semasa kempen pemilihan, mari kita lupakan dan saling memaafkan.

“Kita mulakan dengan mengikhlaskan diri untuk memulih, merawat dan membangunkan semula Umno,” ujar beliau.

Saingan Naib Presiden Umno pada pemilihan Sabtu lalu mengekalkan Khaled dan disertai dua lagi tokoh baharu iaitu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi penggal 2023-2026.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,278FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat