Sultan Kedah bangga pelaburan RM68.3 bilion dicapai Kedah tahun lepas

- Advertisement -

ALOR SETAR: Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berbangga dengan kejayaan Kedah membawa masuk pelaburan berjumlah RM68.3 bilion pada tahun lepas di sebalik krisis pandemik COVID-19.

Baginda bertitah pencapaian itu merupakan satu sejarah dan rekod baharu untuk jumlah pelaburan yang masuk ke negeri ini.

Baginda percaya ia adalah hasil kerjasama erat pelbagai pihak antaranya kerajaan negeri, Kulim Technology Park Corporation, Invest Kedah Bhd, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta pemain industri lain.

“Ini membuktikan negeri Kedah menjadi destinasi pilihan bagi pelabur. Pelaburan ini telah melebihi sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 sebanyak RM10 billion setahun. Tahniah beta ucapkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah menerusi sidang video dari Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Sultan Sallehuddin bagaimanapun mengingatkan semua pihak supaya tidak terlalu selesa dengan pencapaian itu dan mahu usaha berterusan digandakan bagi menarik pelaburan ke negeri ini.

Ini termasuk di Kedah Rubber City, Zon Ekonomi Sempadan Khas Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Gurun dan Kedah Aerotropolis.

“Dengan jumlah pelaburan yang besar ini, beta berharap agar ia dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri Kedah agar setanding dengan negeri-negeri maju di negara ini,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Kedah turut menyeru kerajaan negeri memberi keutamaan dalam memulihkan industri pelancongan di negeri ini bagi mengekalkan kemampanannya.

Menurut baginda, pelancongan merupakan antara sektor yang paling terkesan akibat COVID-19 sehingga menyebabkan kedatangan pelancong ke Kedah merosot sebanyak 71.5 peratus pada tahun lepas berbanding 2020.

Persidangan dewan kali ini yang berlangsung selama empat hari akan bersambung esok.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat