UMNO Berhak Suarakan Isu Kepentingan Rakyat Secara Terbuka – Ahmad Zahid

- Advertisement -

PETALING JAYA – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan hak parti itu untuk terus membangkitkan isu berkait kepentingan rakyat dan negara secara terbuka berikutan desakan untuk menyuarakan pandangan mereka melalui wakil di Kabinet.

Dalam catatannya di Facebook, Zahid berkata Umno bukan sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) dan ia hanya menyokong pembentukan kerajaan pimpinan PN.

“Media sosial antara platform Umno untuk menyuarakan permasalahan rakyat dan negara terutama pada waktu Parlimen terus digantung,” katanya.

Beliau berkata, bukan menjadi suatu kesalahan atau halangan untuk Umno terus membangkitkan isu berkait kepentingan rakyat dan negara.

“Benar segelintir Ahli Parlimen menganggotai kerajaan PN, namun saya percaya mereka tidak boleh membuat keputusan atau dasar secara individu.

“Walaupun mereka maklum apa-apa isu dibangkitkan Umno, sebarang ketetapan masih perlu dibuat melalui kerajaan PN yang didominasi pimpinan parti lain,” katanya.

Beliau berkata, justeru, media sosial sebagai saluran Umno yang seterusnya dalam usaha menyampaikan mesej rakyat kepada kerajaan secara lebih jelas – ‘direct sound’.

Hubungan Umno dengan PPBM iaitu tulang belakang PN, tegang sejak tahun lalu, lebih-lebih lagi selepas Umno memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan parti itu pada pilihan raya akan datang. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat