Annuar desak Muhyiddin lantik TPM dari BN serta-merta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menggesa Perdana Menteri melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) serta-merta.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu dalam satu kenyataan memberitahu pendirian UMNO bahagian yang dikemudinya.

Annuar mengesyorkan supaya BN dan Perikatan Nasional (PN) segera memulakan rundingan kerusi serta berusaha membentuk gabungan terkuat menentang Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-15.

Selain itu Menteri Wilayah Persekutuan itu menegaskan bahawa UMNO Bahagian Ketereh terus menyokong kerajaan gabungan PN-BN- GPS (Sarawak) dan GRS (Sabah).

“Memohon Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin segera melantik Timbalan Perdana Menteri dari BN.

“Terus fokus dan memberi keutamaan kepada agenda kestabilan politik, memerangi Covid-19, membela rakyat serta memulihkan ekonomi negara,” cadang Annuar.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat