“Saya anak jantan, sedia disaman KWSP terkait transaksi jual beli saham MAHB” – Ka Siong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Wee Ka Siong sedia disaman oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung transaksi jual beli saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).

Presiden MCA itu berkata, beliau akan terus membangkitkan keraguannya berhubung urusan penjualan saham tersebut.

Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata lagi, beliau tidak akan lari sekiranya terdapat pihak yang ingin mengenakan tindakan undang-undang terhadapnya.

“Ada orang nak merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, saya anak jantan, saya takkan lari dan akan tunggu.

“Saya berani kerana benar dan akan terus bersuara demi kebaikan serta kepentingan pencarum.

“Semalam juga pemuda Pakatan Harapan (PH) mengesyorkan KWSP menyaman saya, tidak mengapa, saya akan tunggu, jangan tidak buat pula sebab ini memberi peluang kepada untuk dedahkan segala apa yang kita tahu,” kata Ka Siong ketika sidang media di Bangunan Parlimen pada Khamis.

Dalam pada itu, bekas Menteri Pengangkutan itu mempersoalkan penggunaan ‘Chinese Wall’ atau perintang maklumat di dalam tadbir urus KWSP.

“Kenapa dikatakan Chinese Wall yang telah dilaksanakan oleh Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) sendiri, KWAP (Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) juga ada Chinese Wall tetapi kalau tengok dalam kes KWSP, dia ke arah yang bertentangan.

“Dalam tempoh 13 bulan yang sama iaitu dari penghujung November 2022 hingga 28 Disember 2023, kita lihat Khazanah masih membeli banyak, menambah pelaburannya sebanyak 3.555 juta saham dan KWAP membeli dengan 17.632 juta saham.

“Ini bermaksud yang pandai ni KWAP, mereka akan terus jual kerana mereka membeli dengan harga yang murah maka hari ini boleh jual dengan harga RM11,” katanya memetik Utusan.

Tambahnya, haluan yang bertentangan itu menandakan perlunya satu perincian untuk bagaimana kerajaan menyemak dan menentukan semula serta memperbaiki kedudukan.

“Kita bukan nak mengeruhkan air yang jernih, saya dah lama dalam Parlimen, saya sekarang pun duduk di dalam kerajaan dan penyokong kerajaan tetapi saya tidak tahan orang atau golongan tertentu yang sengaja nak kata itu tak betul dan ini tak betul.

“Saya minta penjelasan dengan cara yang tertib dan beradab,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat