Morocco keluar laporan siasatan Mawla Amin kepada Kedutaan Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Morocco mengeluarkan laporan siasatan kepada Kedutaan Malaysia mengenai Mawla Amin ini.

Menurut laporan yang dikongsikan, difahamkan Habib Mohamed Amin Ben Sayed El Idrissi El Hassani atau nama sebenarnya Mohamed Amin Ouradj merupakan pemegang dua warganegara iaitu Perancis dan Algeria.

Dilahirkan di Algeria pada tahun 1984, keluarga beliau berpindah ke Perancis sekitar tahun 1990-an sebelum beliau pulang ke tempat asalnya untuk meneruskan pengajian agama di University of Adrar.

Beliau difahamkan mulai memasuki Maghribi pada tahun 2006 dan telah berkahwin dengan wanita Maghribi pada tahun 2014.

Mawla Amin turut mempunyai cubaan untuk menukar nama beliau daripada Ouradj kepada El Idrissi.

Beliau turut mendakwa diri beliau sebagai seorang warga Maghribi meskipun pada asalnya merupakan warga Perancis dan Algeria.

Kerajaan Maghribi mendakwa beliau mengambil kesempatan terhadap ulama di Maghribi dan para ahli sufi dalam menaikkan pengaruh beliau di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Mawla Amin dikatakan menggunakan nama habib dalam untuk meningkatkan pengaruh beliau.

Selain itu, beliau turut mendakwa mengikut jalan ahli sufi meskipun tidak dapat dipastikan amalannya.

Pihak Kerajaan Maghribi secara kerasnya tidak mengesahkan sebarang aktiviti melibatkan keagaamaan terhadap individu ini.

Sehubungan dengan itu, diharapkan orang ramai lebih berhati-hati terhadap individu yang pernah menjadi kegilaan ini.

Pihak JAIS pada tahun lalu turut membatalkan individu yang mendakwa daripada keturunan nabi ini.

Tular sejak tahun lalu apabila seorang individu yang mendakwa dari Maghribi dan merupakan seorang ulama dengan gelaran habib hadir ke Malaysia.

Dikenali sebagai Mawla Amin, kedatangan beliau ke Malaysia disambut dengan penuh meriah dalam beberapa majlis di sekitar negara.

Dalam pada itu, kehadiran beliau telah diragui beberapa pihak yang mempertikaikan status habib yang didakwa beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat