Jokowi bertemu media Malaysia di Hari Pers Nasional 2024

- Advertisement -

JAKARTA — Presiden Indonesia, Joko Widodo menyambut mesra kehadiran media Malaysia yang dijemput khas meraikan kemuncak Hari Pers Nasional (HPN) di Ancol, Jakarta, Indonesia.

Seramai 30 orang media terdiri daripada ketua-ketua pengarang dan wartawan dari pelbagai agensi berita turut berkesempatan beramah mesra dan bergambar bersama Jokowi.

Dengan tema ‘mengawal transisi kepimpinan nasional dan merawat keutuhan bangsa’, HPN yang sepatutnya disambut pada 9 Februari lalu ditunda bagi memberi laluan kepada Pemilihan Umum Indonesia (PEMILU) 2024 yang berlangsung minggu lalu.

Jokowi hadir pada majlis kemuncak HPN yang disertai 6,000 wartawan dari seluruh pelusuk Indonesia.

Delegasi Malaysia yang hadir ialah Presiden ISWAMI Malaysia yang juga Ketua Pengarang ASTRO Awani , Ashwad Ismail dan Timbalannya, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman yang juga Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dan Pengarang Kumpulan BH; Ketua Pengarang merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin; Naib Presiden 1 ISWAMI yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi, Nur Hanim Mohd Muhili; Naib Presiden 2 yang juga Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Media Prima Berhad, Kamaruddin Mape dan Setiausaha Agung ISWAMI Malaysia yang juga Ketua Penyiaran (TV dan Radio) BERNAMA, Mohd Shukri Ishak.

Ahli majlis ISWAMI yang hadir ialah Ketua Pengarang Utusan TV, Datuk Zulkefli Hamzah; Pengarah Sarawak Media Group/CEO Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune, Datuk Dr Jeniri Amir.

Selain itu, turut hadir Pengarah Urusan Malaysian Nanban, Datuk Shafee Zaman Sikandar Batcha; Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli; Ketua Pengarang Suara TV, Abd Jalil Aboo Backer dan Deputy Editor The Edge, Mohd Kamarul Azhar Mohamad Azmi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat