LCS pertama hanya akan beroperasi pada 2026, jalani beberapa ujian penilaian – Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kapal tempur pesisir (LCS) pertama yang dijangka siap tahun 2024 bagaimanapun mungkin hanya mula beroperasi sekitar 2026 kerana perlu menjalani beberapa ujian dan penilaian terlebih dahulu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembinaan LCS pertama sudah hampir selesai dengan semua kelengkapan utama seperti enjin, kotak gear dan bebaling sudah siap dipasang.

Selepas pembinaan LCS itu siap dibina di limbungan, katanya, ia perlu menjalani dua ujian, iaitu ujian penilaian di pelabuhan dan ujian penilaian di laut, yang mengambil tempoh antara 22 hingga 24 bulan.

Sekiranya melepasi kedua-dua ujian itu, katanya, barulah LCS berkenaan diluluskan untuk digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mempertahankan kedaulatan perairan negara.

“Saya sendiri lihat dalam gudang Boustead Naval Shipyard, semua dah dibeli dan semua dah ada. Untuk kapal pertama, enjin, kotak gear, bebaling sudah ada dalam kapal dan tinggal nak pasang alat pertahanan, persenjataan dan elektronik sahaja.

“Istilah siap pembinaan ini ada dua perkara. Pertama, siap pembinaan dalam limbungan. Perkara kedua ialah selepas siap dibina, LCS ini perlu menjalani ujian penilaian di pelabuhan kerana nak tengok dia senget ke, boleh terapung dan sebagainya.

“Kemudian, ia perlu menjalani ujian penilaian di laut. Kedua-dua ujian ini ambil masa antara 22 hingga 24 bulan, barulah kapal ini sedia digunakan.

“Jadi bila kita sebut kapal siap, ini merujuk pada siap dalam pembinaan di limbungan. Ujian penilaian di pelabuhan dan laut itu cerita lain jadi jangan tanya pula kenapa kapal tak berlayar, tiada misi selepas dua tahun,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Mohamad turut berkata kementerian kini di peringkat akhir memuktamadkan cadangan penerusan LCS melalui penyediaan Memorandum Jemaah Menteri yang akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kementerian sedang memberikan penelitian khusus demi memastikan projek LCS dapat diteruskan bagi memperkasakan lagi sistem pertahanan dan perairan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat